Spider-Man: Into The Spider-Verse sehingga hari ini adalah filem dan animasi Spider-Man paling hebat setakat ini. Sekuel filem ini bakal ditayangkan pada Jun nanti dengan judul Across The Spider-Verse. Filem lepas mempunyai durasi 1 jam 57 minit dan laporan terkini menyatakan filem sekuel adalah 23 minit lebih panjang.

Menurut laman AMC Theaters filem Spider-Man: Across the Spider-Verse mempunyai durasi selama 2 jam 20 minit. Filem kedua ini akan sekali lagi memfokuskan konsep multimesta di mana Miles akan bertemu dengan lebih ramai Spider-People.

Filem ini akan turut memfokuskan kepada watak Miguel O’Hara / Spider-Man 2099. Selain itu turut akan melibatkan Issa Rae sebagai Jessica Drew / Spider-Woman dan Daniel Kaluuya sebagai Spider-Punk. Filem ketiga turut telah disahkan yang akan menyambungkan kisah multimesta Spider-Man iaitu Beyond the Spider-Verse.

Sohor Kini