Skip to main content

A Quiet Place: Day One adalah filem sampingan dan filem ketiga dalam francais A Quiet Place. Kali ini ia adalah prekuel pula yang berdasarkan judul akan menceritakan hari pertama makhluk asing misteri menjajah bumi.

Di acara CinemaCon pengarah dan penerbit dua filem pertama yang turut berlakon di dalamnya iaitu John Krasinski berkongsi sinopsis pendek filem ini.

Menurut beliau A Quiet Place: Day One berlaku dalam dunia yang sama cuma menceritakan kisah awal kejadian yang mengerikan ini. Filem akan berlaku di bandar New York yang dikatakan bandar paling bising di dunia tetapi untuk mengelak diserang makhluk asing ini manusia perlu menjadi bisu.

Bukan itu sahaja, filem ini turut akan menceritakan kisah watak lain pula dan tidak melibatkan keluarga Abbott iaitu Evelyn dan Lee Abbott lakonan Krasinski dan isteri beliau Emily Blunt. Sebaliknya akan menceritakan kisah watak lakonan Lupita Nyong’o di dalam bas dan secara tiba-tiba semua bekalan elektrik terputus, letupan berlaku dan manusia menyedari mereka tidak boleh bersuara.

Filem ini akan ditayangkan pada tahun 2024 nanti. Sementara filem sekuel iaitu A Quiet Place Part 3 akan ditayangkan pada tahun 2025.

Leave a Reply