Skip to main content

Razer telah mengumumkan kerjasama dengan Roblox untuk hadir dengan persisian dengan rekaan berdasarkan permainan tersebut.

Koleksi Razer | Roblox ini hadir dengan tiga pilihan persisian iaitu tetikus Razer Orochi V2, papan kekunci Razer BlackWidow V3 dan set fon kepala Razer Barracuda X.

Razer Orochi V2 – Roblox Edition ditawarkan dengan harga RM449, Razer BlackWidow V3 – Roblox Edition dengan harga RM859 dan Razer Barracuda X – Roblox Edition dengan harga RM689.

Kesemua persisian ini akan mula ditawarkan bermula pada 28 April melalui Razer.com dan juga pengedar-pengedar yang terpilih. Anda boleh layari laman ini untuk maklumat lanjut mengenai kolaborasi ini.

Leave a Reply