Kali terakhir filem Final Destination ditayangkan adalah pada tahun 2011 melalui filem kelima. Seperti semua sedia maklum filem keenam sudah lama dalam pembangunan dengan laporan sebelum ini menyatakan ia berlaku di dunia baharu dan bukan olahan semula serta melibatkan pengarah filkem Spider-Man: No Way Home iaitu Jon Watts.
Di acara CinemaCon baru-baru ini Warner Bros. telah mengumumkan yang filem Final Destination 6 kini dalam pembangunan dan mungkin akan menjadi filem terakhir. Zach Lipovsky dan Adam B. Stein akan mengarah filem, sementara Jon Watts akan menulis skrip dan menerbit filem ini. Butiran filem ini dirahsiakan kerana masih dalam pembangunan awal.
Bagi yang tidak tahu atau sudah lupa akan filem francais filem seram ngeri ini, Final Destination adalah filem mengenai nasib. Setiap perkara yang berlaku di dunia ini seperti satu skru yang terjatuh boleh menjadi punca kematian.
Biasanya filem ini akan melibatkan sekumpulan protagonis dan salah seorang dalam kumpulan ini dapat meramal apa yang akan berlaku di masa hadapan. Kemudian setiap kemalangan yang berlaku adalah mengerikan dan sangat dahsyat. Sama-sama kita nantikan.
Sumber – DiscussingFilm