Final Destination adalah antara filem ngeri yang menarik pada hemat saya. Walaupun ada beberapa filem dalam francais ini tidak menarik dan mengarut, tetapi konsep apa jua perkara dalam kehidupan kita boleh menyebabkan kematian adalah menarik.

Francais ini sudah mempunyai lima filem dan pencipta mereka Jeffrey Reddick ingin hadir dengan filem keenam. Berita ini sudah kedengaran sejak tahun lepas lagi dan tahun ini ia sudah disahkan ia sedang dibangunkan. Namun disebabkan Covid-19, banyak perkara ditunda. Warner Bros. Pictures dan New Line Cinema dilaporkan akan menghasilkan filem ini. Manakala Patrick Melton dan Marcus Dunstan akan menulis skrip. Filem keenam ini dikatakan adalah olahan semula dengan format yang sama.

Dalam temuramah bersama Bloody Disgusting, Jeffrey Reddick menyatakan yang filem ini bukannya olahan semula. Sebaliknya berlaku di dunia yang sama dengan konsep yang sama tetapi kepada orang yang berlainan. Tambahan beliau lagi, kali ini filem ini ingin fokus kepada petugas kecemasan. Ini kerana, petugas-petugas ini bertanggungjawab sama ada mangsa akan mati atau hidup. Apa jadi jikalau, mereka berada dalam situasi hidup atau mati – siapakah yang akan dipilih diri sendiri atau mangsa tadi?

Filem ini turut dikatakan akan menjadi lain daripada yang lain dan tidak akan sama dengan Final Destination sebelum ini. Sama-sama kita nantikan.

Sohor Kini