Sejak tiga tahun lalu sudah kedengaran yang New Line Cinema dan Warner Bros. akan hadir dengan filem Final Destination 6. Kemudian penulis filem Saw, Patrick Melton dan Marcus Dunstan dilaporkan akan menjadi penulis dan filem akan berlaku di dunia lain tetapi masih bersambung.

Sudah 2022, ada orang masih ambil kisah ke mengenai filem ini? Jika ya, laporan terkini menyatakan pengarah filem Spider-Man iaitu Jon Watts akan menerbit filem ini untuk HBO Max.

Lori Evans Taylor dan Guy Busick penulis Ready or Not dan Scream baharu akan menulis filem ini. Jon Watts dikatakan turut akan melibatkan diri dalam proses pembangunan cerita.

Tidak pasti lagi bila filem ini akan tiba dan siapakah pelakonnya. Sinopsis juga masih tidak pasti, cuma apa yang pasti konsep ajal seseorang seakan dapat diramal dan kejadian ngeri dan seriau akan berlaku meragut nyawa. Jika bertahun dapat mengelak kerana temui loophole, ‘Malaikat Maut’ dalam filem hanya tersengih.

Sama-sama kita nantikan dan terus ikuti kami di Aksiz.

Sohor Kini