Skip to main content

Filem Fast X belum lagi ditayangkan tetapi pembangunan filem terakhir The Fast Saga iaitu filem kesebelas mereka telah pun bermula.

Filem The Fast Saga yang kesebelas kini disahkan akan ditulis oleh Christina Hodson (Birds of Prey, Batgirl, The Flash) dan Oren Uziel (22 Jump Street, The Cloverfield Paradox, Escape Room: Tournament of Champions).

Projek filem kesebelas The Fast Saga ini juga adalah kerjasama pertama kali antara Hodson dan Uziel. Masing-masing berpengalaman menulis filem-filem menarik dan hebat tetapi ini juga adalah kali pertama mereka terlibat dengan francais The Fast Saga.

Seperti yang semua sedia maklum Fast X adalah filem terakhir yang akan dipecah kepada dua bahagian. Eksekutif Universal Pictures turut berpuas hati dengan filem Fast X dengan arahan Louis Leterrier sehinggakan beliau dipanggil untuk turut mengarah filem terakhir francais ini.

Filem Fast X akan ditayangkan di pawagam pada 18 Mei nanti.

Sumber – Deadline

Leave a Reply