Dante lakonan Jason Momoa adalah musuh utama dalam Fast X, yang mana cemburu dengan kebahagiaan Dom dan ingin memecahbelahkan keluarga beliau dengan menculik anak Dom. Dante turut bekerjasama dengan Cipher lakonan Charlize Theron bagi menjayakan misi beliau. Untuk mengukuhkan lagi “keluarga” Dom, Tess lakonan Brie Larson menyertai pasukan wira ini.

Dalam treler baharu yang dikongsi baru-baru ini, ia memperlihatkan aksi dahsyat tanpa belas kasihan. Bukan itu sahaja kali ini turut menyebabkan kemusnahan bandar Vatican dengan bebola besi gergasi dan mengacah yang Fast X adalah satu permulaan bagi penamat The Fast Saga.

Treler ini turut memfokuskan kepada watak-watak asal francais Fast & Furious tanpa memfokuskan sangat kepada watak baharu. Ini mungkin sebagai satu elemen emosi untuk penonton terasa apabila melihat sesuatu yang tidak diingini berlaku.

Filem ini akan ditayangkan di Malaysia pada 18 Mei nanti.

Sohor Kini