Arcane Musim Kedua Hanya Akan Tiba Pada Tahun 2024

Permainan video League of Legend mencipta sejarah apabila siri animasi Arcane dikeluarkan di Netflix dua tahun lepas. Siri ini menjadi topik perbualan yang hangat dengan Hideo Kojima menyatakan animasi Arcane adalah masa hadapan animasi dan CGI. Animasi ini turut memenangi 4 anugerah Emmy.

Seperti yang dilaporkan sebelum ini Riot Games akan meneruskan Arcane untuk musim kedua. Tetapi dukacita dimaklumkan tahun ini bukan tahun anda boleh tonton. CEO Riot Games iaitu Nicolo Laurent menyatakan animasi ini perlukan lebih masa untuk memastikan kualiti yang terbaik dapat penonton nikmati.

Sebab lain kenapa produksi Arcane musim kedua memakan masa adalah mereka memulakan produksi lewat kerana tidak tahu musim pertama akan berjaya di tahap luar jangkaan. Laurent sudah pun tonton episod tiga Arcane musim kedua dan beliau memberitahu ianya menakjubkan.

Arcane musim kedua hanya akan tiba pada tahun 2024 nanti.

Sumber: LPL – Guan Ze Yuan

Sohor Kini