Skip to main content

Arcane minggu lepas kembali menjadi siri paling popular di Netflix terutama hadirnya tiga episod terakhir untuknya yang menjadi penutup bagi musim pertama. Ia telah menerima ulasan yang sangat baik, terutama kerana gaya animasi yang digunakan.

Hideo Kojima iaitu satu nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi juga mempunyai kata-kata yang baik untuknya. Melalui ciapan Twitter yang dikongsi, beliau mengatakan telah tonton 4 episod Arcane dan mengatakan yang ia adalah satu siri yang baik.

Beliau juga menambah yang seperti apa yang dilakukan oleh animasi Spider-verse serta Love,Death & Robots, gaya animasi Arcane adalah masa depan untuk animasi dan animasi computer-generated (CG) di mana ia menggabungkan seni dan realisme.

Kami sendiri sangat menyukai musim pertama untuk Arcane dan dengan musim kedua telah disahkan, ia sudah semestinya satu siri yang dinanti-nantikan. Anda boleh baca ulasan kami di pautan ini; Ulasan Arcane โ€“ Penanda Aras Untuk Kandungan Berdasarkan Permainan Video.

Leave a Reply