Skip to main content

Anugerah Emmy yang dikhususkan untuk kandungan siri TV dan juga penstriman akan berlangsung secara rasminya pada 13 September ini, akan tetapi bermula hujung minggu lepas, mereka telah mengumumkan pemenang untuk beberapa kategori.

Antaranya adalah “Outstanding Animated Program” yang dimenangi oleh siri animasi Arcane oleh Riot Games dan Netflix untuk episod When These Walls Come Tumbling Down. Siri tersebut menjadi siri animasi berdasarkan permainan video pertama memenangi anugerah tersebut mengalahkan “Bob’s Burger”, “Rick and Morty”, “The Simpsons” dan “What If…?”.

Selain itu, ia juga telah memenangi tiga anugerah “Outstanding Individual Achievement in Animation” iaitu Anne-Laure To Artis Pewarna Skrip buat episod The Boy Savior, Julien Georgel iaitu Pengarah Seni untuk episod Happy Progress Day! dan Bruno Couchinho untuk Pencipta Latar bagi episod When These Walls Come Tumbling Down.

Arcane adalah siri animasi di Netflix yang merupakan adaptasi kepada permainan video League of Legends oleh Riot Games. Anda boleh baca ulasan kami untuknya di pautan berikut; Ulasan Arcane โ€“ Penanda Aras Untuk Kandungan Berdasarkan Permainan Video.

Leave a Reply