Seperti yang semua tahu Star Wars akan mempunyai tiga filem baharu. Filem-filem ini akan diarahkan oleh James Mangold (Logan, Indiana Jones and the Dial of Destiny), Dave Filoni (The Mandalorian, Ahsoka) dan Sharmeen Obaid-Chinoy (Ms. Marvel, Saving Face).

James Mangold akan membawa penonton ke zaman awal kemunculan Jedi, Dave Filoni pula berkait dengan New Republic yang akan menjadi penutup The Mandalorian, The Book of Boba Fett, Ahsoka dan siri Disney+ yang lain. Kemudian Sharmeen Obaid-Chinoy pula akan menghasilkan filem selepas kejadian di dalam Rise of Skywalker dengan Daisy Ridley akan kembali sebagai Rey untuk membina semula Jedi Order.

Ramai tertanya bagaimana pula dengan filem Star Wars Taika Waititi? CEO Lucasfilm iaitu Kathleen Kennedy menyatakan Waititi sedang sibuk menulis skrip filem ini dan beliau tidak melibatkan orang lain kerana idea beliau yang unik. Kisah bila dan di mana bersama siapa masih dirahsiakan lagi.

Tetapi filem Star Wars Waititi masih lama lagi untuk kita tunggu kerana besar kemungkinan pengarah ini akan hadir dengan filem aksi nyata Akira terlebih dahulu. Filem ini ditunda selepas beliau fokus kepada Thor: Love & Thunder. Kini terdapat laporan yang skrip mungkin akan sampai ke studio tidak lama lagi dan hanya tinggal tunggu keputusan sahaja sama ada akan diteruskan ataupun tidak.

Sohor Kini