Skip to main content

Thor 3 atau Thor: Ragnarok adalah filem Thor yang paling lucu. Ia tidak lagi ‘gelap’ dan terlampau serius. Boleh dikatakan sepanjang filem ini adalah lucu dan menarik untuk ditonton. Ini adalah kerana, filem ini diarahkan oleh Taika Waititi dan beliau banyak menggunakan elemen idiosinkrasi.

Disebabkan Taika juga, watak Thor menjadi semakin lucu dalam filem Avengers: Endgame. Terkini, menurut The Hollywood Reporter – Taika Waititi akan mengarah sekuel Thor yang seterusnya iaitu Thor 4. Bukan itu sahaja, Chris Hemsworth yang sebelum ini ada laporan mengatakan beliau ingin berhenti berlakon menjadi Thor – turut dilaporkan mungkin akan kembali memainkan watak anak ‘tuhan’ ini.

Sedikit mengecewakan adalah, disebabkan Taika perlu mengarah filem Thor 4 – filem aksi-nyata Akira terpaksa ditangguhkan. Jelas di sini Disney ingin mempercepatkan lagi pembangunan untuk filem-filem baharu MCU. Filem Akira dijadualkan untuk ditayangkan pada tahun 2021 dan disebabkan ia ditangguhkan, Thor 4 mungkin adalah pengganti. Masih awal lagi untuk membuat sebarang sangkaan, tetapi kami di Aksiz yakin yang Thor 4 akan berkait dengan ‘Asgardian of The Galaxy‘ – yang mana mula diberi petanda pada penghujung filem Endgame.

Leave a Reply