Lucasfilm hari ini telah mengumumkan yang mereka sedang menghasilkan tiga filem Star Wars yang melibatkan tiga pengarah berbeza iaitu James Mangold (Logan, Indiana Jones and the Dial of Destiny), Dave Filoni (The Mandalorian, Ahsoka) dan Sharmeen Obaid-Chinoy (Ms. Marvel, Saving Face).
Filem oleh James Mangold akan kembali pada awal kemunculan Jedi, manakala Dabe Filoni berkait dengan New Republic yang akan menjadi penutup untuk The Mandalorian, The Book of Boba Fett, Ahsoka dan siri Disney+ yang lain.
Bagi Sharmeen Obaid-Chinoy pula akan menghasilkan filem selepas kejadian di dalam Rise of Skywalker dengan Daisy Ridley akan kembali sebagai Rey untuk membina semula Jedi Order.
Pengumuman ini dilakukan oleh Presiden Lucasfilm Kathleen Kennedy semasa Star Wars Celebration Europe 2023.