Siapa sahaja tidak pernah impikan melihat watak kegemaran dalam Marvel bertembung dengan DC? Sudah tentu dalam komik perkara ini tiada masalah atau dalam permainan video juga bukan perkara asing. Tetapi bagaimana dengan animasi, filem atau siri TV?
James Gunn menyatakan rentas (crossover) antara Marvel-DC tidak mustahil.
Gunn memberitahu yang perkara ini telah pun secara ringan dibincangkan bermakna idea untuk menjadikan perkara ini sudah ada tetapi tidak semestinya ia akan menjadi serius. Gunn juga sibuk ingin membangunkan DC. Jika kandungan rentas Marvel-DC ingin dihasilkan ia akan mengambil masa bertahun-tahun lagi barulah ia tidak mustahil.
James Gunn dan Peter Safran adalah dua individu yang sedang menjayakan DC Universe (DCU) melalui DC Studios. Beberapa filem sekarang seperti Shazam! 2 akan datang Blue Beetle dan Aquaman disahkan adalah filem DCU walaupun tidak tersenarai dalam filem Chapter One – Gods and Monsters.