Epic Games telah berkongsi beberapa maklumat menarik mengenai enjin permainan mereka iaitu Unreal Engine. Antara perkongsian yang dilakukan adalah selepas Unreal Engine dikeluarkan pada bulan April lepas, 77% pengguna enjin ini menggunakan Unreal Engine 5.
Selain itu, mereka juga mengatakan yang pengguna aktif bulanan meningkat 23% secara keseluruhan dengan peningkatan sebanyak 30% di Asia.
Manakala bagi maklumat untuk permainan video pula, mereka mengatakan yang 50% permainan generasi baharu yang diumumkan setakat ini menggunakan Unreal Engine. Ini termasuklah permainan-permainan dari Asia seperti Coral Island oleh Stairway Games dan Gigabash oleh Passion Republic.
Selain itu, lebih kurang 80 permainan paling dinanti-nantikan yang akan tiba pada tahun ini menggunakan Unreal Engine.
Di dalam industri media dan hiburan pula, Unreal Engine memperlihatkan 44% peningkatan penggunaan di dalam projek filem dan juga siri TV – yang membawa kepada jumlah keseluruhan melebihi 500 kandungan.
Bagi rangkuman untuk sokongan Unreal Engine di Asia Tenggara,mereka telah menganjurkan Women Creators Programme 2022 yang memperlihatkan 21 pereka wanita disenarai pendek untuk mendapat latihan termasuk juga Zubadia Nila yang mewakili Malaysia.
Epic Games juga telah melancarkan Unreal Authorised Training Centres (UATC) dan Unreal Authorized Instructors (UAI) untuk menyediakan pengajaran kepada pereka-pereka di Asia Tenggara.