Netflix Games akan semakin berkembang pada tahun ini dengan 40 permainan bakal dilancarkan. Tetapi perkara paling menarik daripada mereka nanti adalah pengenalan kepada penstriman permainan seakan Google Stadia atau Amazon Luna.

Berbeza dengan dua perkhidmatan penstriman permainan yang disebutkan tadi, Netflix akan memfokuskan kepada permainan mudah alih sahaja dan bukannya permainan grafik tinggi kerana mereka tiada perancangan untuk membangunkan permainan konsol dan PC buat masa ini.

Terkini, aplikasi Netflix di iPhone mendedahkan kod yang mereka sedang bersiap sedia untuk sokongan Netflix Games pada televisyen. Masih tidak pasti jika ini adalah versi penstriman atau seperti Apple Arcade. Kod ini menjelaskan yang iPhone boleh dijadikan sebagai alat kawalan permainan untuk televisyen.

Dengan kod sudah sedia terbina dalam aplikasi iPhone ini memberi petanda yang kehadirannya akan tiba tidak lama lagi. Tetapi buat masa ini masih tidak pasti bila ia akan ditawarkan dan adalah kesemua lebih 50 permua di dalam Netflix Games akan ditawarkan. Sama-sama kita nantikan.

Sohor Kini