Nampaknya selepas “bersara” dari francais John Wick, Chad Stahelski akan menjadi semakin sibuk. Terkini beliau akan menerbit filem aksi wanita tahun 1980-an melalui studio beliau 87eleven

Bella iaitu filem aksi wanita yang berlaku pada tahun 1980-an memfokuskan seorang gadis yang merupakan anak kepada polis yang diugut akan mati dibunuh. Gadis ini kemudian menjadi marah dan memburu individu yang bertanggungjawab ingin bunuh bapa beliau akhir sekali mendapati korupsi dalam NYPD.

Samara Weaving pelakon dalam filem Snake Ayes, Ready or Not dan Scream 6 dipilih sebagai pelakon utama. Larysa Kondracki (Better Call Saul) akan menjadi pengarah mengikut skrip yang ditulis oleh Jason Markarian dan Jesse Wigutow.

Filem ini dikatakan akan mengubah konsep filem aksi yang diketuai oleh pelakon wanita. Bella adalah filem Paramount Pictures dan butiran lanjut mengenai pelakon lain dan tarikh tayangan masih belum didedahkan lagi.

Sohor Kini