Sony Pictures dan PlayStation Production telah mengumumkan yang mereka akan hadir dengan filem aksi nyata berdasarkan permainan dunia terbuka Sucker Punch iaitu Ghost of Tsushima. Chad Stahelski iaitu pengarah filem John Wick telah dipilih sebagai pengarah. Sementara Takashi Doscher adalah penulis.

Sebelum ini telah kami laporkan yang Stahelski inginkan pelakon dalam filem ini bercakap bahasa Jepun sepenuhnya. Beliau turut menyatakan yang filem ini nanti akan mempunyai inspirasi daripada filem John Wick. Tambahan beliau, kejayaan siri The Last of Us turut memberi keyakinan beliau bagaimana Ghost of Tsushima boleh diadaptasi ke bentuk aksi nyata.

Stahelski yang juga peminat kepada permainan ini tahu yang visual dan grafik cantik penuh warna-warni adalah elemen penting dalam Ghost of Tsushima jadi beliau akan membawa semua itu ke dalam filem nanti. Malah jika tidak berwarna beliau turut ada berbincang untuk menjadikan filem ini hitam dan putih.

Hitam dan putih adalah antara ciri dalam permainan tersebut iaitu mod Kurosawa yang menjadikan permainan seakan tema filem oleh Akira Kurosawa. Buat masa ini filem ini masih lagi di awal pembangunan dan tidak pasti lagi siapakah pelakon, bagaimanakah penceritaan, tema filem serta bilakah tarikh tayangan.

Sumber: Comicbook

Sohor Kini