Filem Aquaman and the Lost Kingdom adalah sekuel kepada Aquaman yang ditayangkan pada tahun 2018. Filem ini masih tiada sebarang butiran jelas lagi seperti jalan ceritanya dan senarai lengkap pelakon. Batman lakonan Ben Affleck turut dikatakan kembali dalam filem ini.
Aquaman and the Lost Kingdom turut dikatakan adalah sebahagian daripada DC Universe di bawah naungan James Gunn. Dalam satu temuramah bersama Total Films melalui Variety, Momoa yang melakonkan watak Arthur Curry/Aquaman yakin dalam DCU nanti watak ini akan diteruskan.
Beliau turut menyatakan yang filem kali ini adalah sebuah filem komedi dan ada banyak adegan lucu bersama Patrick Wilson yang menjadi King Orm. Banyak perkara menarik akan berlaku dalam filem ini.
Momoa tahun lepas ada bertemu dengan James Gunn dan Peter Safran dan mengacah beliau mungkin tidak akan berlakon watak Aquaman sahaja dalam DCU dan ada kemungkinan watak lain juga boleh dilakonkan oleh pelakon sama. Spekulasi sekarang menyatakan Momoa akan menjadi Lobo.