Di acara D23, beberapa butiran mengenai filem keempat Captain America iaitu Captain America: New World Order. Filem ini adalah sambungan kepada siri TV The Falcon and the Winter Soldier.
Di acara D23, Marvel mengumumkan yang Falcon akan kembali sebagai adiwira. Memandangkan Sam Wilson kini telah menjadi Captain America, Joaquín Torres yang membaiki perisai ini dalam siri TV sebelum akan menjadi The Falcon baharu.
Filem ini akan melihat Sharon sebagai Power Broker mencuri rahsia kerajaan dan memberi kepada Valentina Allegra de Fontaine. Ini kemudian melibatkan Bucky, US Agent, The Leader dan Isaish Bradley.
New World Order turut menjadi filem kemunculan adiwira Israel – Sabra lakonan Shira Haas. Manakala, Tim Blake Nelson pula akan kembali sebagai The Leader selepas kali terakhir dilihat cedera dalam The Incredible Hulk.
Julius Onah akan menjadi pengarah dengan Malcolm Spellman dan Dalan Musson (The Falcon and the Winter Soldier) akan menjadi penerbit.