Minggu ini adalah minggu kedua filem Shazam! Fury of Gods ditayangkan. Filem ini adalah sekuel kepada Shazam! yang ditayangkan pada tahun 2019.
Berdasarkan pemantauan kami, di Malaysia filem ini menerima sambutan yang baik. Baik daripada pengkritik ataupun dari penonton. Tetapi tahukah anda di Amerika Syarikat filem ini tidak digemari oleh pengkritik dengan skor Rotten Tomatoes 51%, tetapi diterima oleh penonton dengan skor 87%.

Kutipan pembukaan filem ini di sana juga menjadikan Shazam! Fury of Gods sebagai filem DC dengan kutipan terendah pada minggu pertama. Kutipan di Amerika Syarikat adalah $31,802,486, sementara kutipan minggu pertama Shazam! adalah $53,505,326.

Zachary Levi pelakon utama Shazam! 2 turut bersetuju dengan peminat Snyderverse atas kegagalan filem ini dengan menyatakan Warner Bros. tidak melakukan kempen promosi yang baik. Malah pengarah filem iaitu David F. Sandberg turut ingin berehat daripada filem adiwira selepas 6 tahun membangunkan kedua-dua filem Shazam!.
Selepas ini, filem-filem DC akan berada di bawah DC Universe yang dikendalikan oleh James Gunn dengan filem pertama Superman: Legacy tulisan dan arahan beliau. Walaupun Shazam! bermula dengan DCEU, filem sekuel telah disahkan akan menyertai DCU.