Daniel Kwan dan Daniel Scheinert adalah dua pengarah yang telah memenangi anugerah Oscar baru-baru ini untuk filem Everything Everywhere All At Once (EEAAO). Terkini mereka berdua telah dipilih untuk menjadi pengarah untuk salah satu siri Star Wars baharu.

Siri ini adalah Skeleton Crew yang akan menyertakan Jude Law sebagai pelakon utama. Siri ini akan berlaku ketika era The New Republic, selepas Return of the Jedi dan mempunyai garis masa yang sama dengan The Mandalorian serta Ahsoka. Jon Watts iaitu pengarah Spider-Man: Far From Home adalah pencipta kepada siri ini.

Jon Favreau dan Dave Filoni menjadi penerbit eksekutif untuk siri ini. Menurut Variety, Watts telah menghubungi Kwan dan Scheinert sebelum mereka mengarah EEAAO lagi. Dua pengarah ini telah pun mengarah siri ini pada tahun lepas dan sumber menyatakan Skeleton Crew telah pun selesai sesi penggambaran.

Buat masa ini jalan cerita, senarai pelakon lain, tarikh siaran semuanya masih belum diketahui. Sama-sama kita nantikan pengumuman rasmi nanti.

Sohor Kini