Skeleton Crew adalah siri sampingan Star Wars baharu yang dijadualkan untuk disiarkan pada tyahun 2023 di Disney+. Siri ini akan menyertakan pelakon Jude Law dan menggunakan konsep seakan Stranger Things, di mana mengisahkan sekumpulan kanak-kanak yang sesat dalam dunia asing dan bertembung dengan pelbagai jenis makhluk dan raksasa.

Siri TV ini dikatakan akan diarahkan oleh Jon Watts, pengarah filem Spider-Man: No Way Home yang menarik diri sebagai pengarah filem adiwira. Star Wars: Skeleton Crew dikatakan akan menjadi siri TV Disney+ dengan bajet paling tinggi iaitu $136 juta sekitar RM605 juta untuk musim pertama. Siri ini turut menerima tambahan dana $20.9 juta dalam bentuk kredit oleh perkhidmatan cukai California.

Masih tidak mempunyai butiran lengkap mengenai siri TV ini, seperti senarai pelakon lengkap, sinopsis penuh dan tarikh siaran. Tetapi peristiwa dalam siri TV ini dikhabarkan akan berlaku selepas Star Wars: Episode VI Return of the Jedi.

Sohor Kini