Bulan lepas, telah kami laporkan yang Jude Law dilaporkan akan berlakon dalam satu siri rahsia Star Wars. Tidak banyak butiran didedahkan ketika itu, kini di acara Star Wars Celebration Anaheim 2022 siri ini disahkan akan tiba pada tahun 2023 akan datang.

Siri ini adalah Star Wars: Skeleton Crew dan berlaku di garis masa Ahsoka dan The Mandalorian. Jude Law akan berlakon sebagai watak utama dalam siri ini dan ia mengisarkan empat kanak-kanak sesat di angkasa dan pengembaraan mereka mencari jalan pulang.

Walaupun pelakon penting lain adalah kanak-kanak, siri ini dikatakan bukannya untuk ditonton oleh kanak-kanak. Masih tiada butiran lain untuk siri aksi nyata baharu ini, tetapi pernah dilaporkan yang siri ini mungkin akan mengambil inspirasi daripada Stranger Things, di mana sekumpulan kanak-kanak ini akan bertempur dengan raksasa dalam dunia yang aneh.

Sohor Kini