Team Downey iaitu syarikat produksi Robert Downey Jr. dan isteri telah hadir dengan banyak filem dan turut ada menghasilkan siri TV. Antara siri yang menarik di Netflix oleh studio ini adalah Sweet Tooth.
Sweet Tooth merupakan siri aksi nyata yang diadaptasi daripada komik DC. Siri ini menceritakan kisah satu malapetaka yang telah berlaku di buni menyebabkan bayi baru lahir mempunyai DNA haiwan dan manusia hidup secara berpuak.
Selepas kejayaan musim pertama, siri ini diteruskan kepada musim kedua. Akhirnya selepas dua tahun penantian siri ini akan disiarkan di Netflix pada 27 April ini. Netflix turut berkongsi treler baginya.
Seperti sebelum ini, siri ini memfokuskan kepada Gus seorang kanak-kanak hibrid rusa. Meneruskan kepada peristiwa musim pertama Gus akan mencari ibunya dan merungkai misteri di sebalik malapetaka The Great Crumble. Berdasarkan treler nampaknya semua manusia hibrid akan berkumpul dan berperang dengan manusia biasa selepas serik kerana asyik menjadi mangsa.