Filem terbaru oleh Nik Amir Mustapha iaitu Imaginur telah dilaporkan mengutip RM3 juta selepas hampir 2 minggu tayangan yang bermula pada 23 Februari 2023.
Nik Amir yang dihubungi oleh Utusan Malaysia telah mengatakan yang gembira dengan pancapaian filem ini yang menjadi filem pertama olehnya mengutip lebih RM1 juta. Beliau juga mengatakan terkejut kerana filem ini mendapat sambutan walaupun satu filem yang kompleks.
Filem ini ditulis oleh Redza Minhat dan Nik Amir Mustapha sendiri dan turut melibatkan senarai pelakon seperti Afdlin Shauki, Fatimah Abu Bakar, Mior Hashim Manap, Nadiya Nissa dan Rahim Razali. Pada tahun lepas, filem ini pernah ditayangkan di New York Asian Film Festival.
Sebagai pengarah, Nik Amir sebelum ini hadir dengan filem Kil, Terbaik Dari Langit dan Rise: Ini Kalilah.