Penantian bertahun lamanya untuk menikmati perkhidmatan penstriman permainan video NVIDIA GeForce NOW di Malaysia kini berakhir. Yes 5G mengumumkan pengguna di Malaysia boleh mengakses NVIDIA GeForce NOW Exclusive Beta bermula hari ini.
Menerusi ujian Beta ini pelanggan Yes 5G boleh menstrim sehingga 1500 permainan video di awanan pada pelbagai peranti milik mereka secara percuma. Antara permainan yang boleh dimainkan ialah Cyberpunk 2077, sir Assassin’s Creed, Destiny 2, Fortnite dan Genshin Impact.
Ini mungkin dalam bentuk PC, Mac, TV pintar, telefon pintar, dan tablet. Kerana ia masih di peringkat Beta, had permainan 6 jam sehari sahaja diberikan sehingga 10 April 2023. Kesemua permainan yang dimainkan hadir dengan ciri RTX diaktifkan. Untuk mencuba NVIDIA GeForce NOW Exclusive Beta sila ke pautan di bawah.