Smile adalah filem seram yang popular pada tahun lepas. Filem menjadi antara filem seram 2022 yang menerima kutipan tinggi. Lebih membanggakan adalah, Smile diarahkan oleh pengarah yang kali pertama mengarah iaitu Parker Finn.

Kini, Finn telah menandatangani kontrak bersama Paramount untuk projek jangka masa panjang. Butiran kontrak ini tidak didedahkan. Tetapi studio inginkan Finn hadir dengan sekuel Smile.

Tetapi buat masa ini Finn turut tidak dedahkan lagi apakah projek filem beliau seterusnya. Adakah beliau akan terus hadir dengan filem seram atau filem lain yang boleh dihasilkan dengan bajet rendah seperti Smile dan menerima sambutan hangat.

Sama-sama kita nantikan.

Baca: Ulasan Smile – Senyuman Bukan Untuk Semua Orang!

Sohor Kini