Pengarah Eternals Akan Hadir Dengan Filem Dracula

Nampaknya tidak lama lagi kita akan ada banyak filem berasaskan Dracula. Yang akan tiba tidak lama lagi adalah Reinfield, di mana Dracula dilakonkan oleh Nicolas Cage dalam kisah yang memfokuskan pembantu beliau lakonan Nicholas Hoult.

Kemudian pengarah filem The Northman dan The Lighthouse iaitu Robert Eggers akan mengarah satu olahan semula Nosferatu lakonan Willem Dafoe iaitu iterasi tidak rasmi kepada Dracula Bram Stoker.

Akan datang satu lagi filem Dracula adalah daripada pengarah yang memenangi Oscar, iaitu Chloé Zhao. Beliau juga merupakan pengarah filem Eternals. Menurut THR, Zhao masih lagi menulis skrip bagi filem ini. Zhao menyatakan beliau akan merungkai buku Dracula sepertimana beliau menjayakan filem Nomadland yang diadaptasi daripada novel judul sama karya Jessica Bruder.

Satu lagi filem Dracula yang sudah dibatalkan adalah dari pengarah Karyn Kusama di bawah Blumhouse Productions. Filem ini sepatutnya berada di bawah Dark Universe bersama Invisible Man.

Sohor Kini