Shadow of Vampire adalah filem seram komedi meta lakonan Willem Dafoe dan John Malkovich yang ditayangkan pada tahun 2000. Filem ini adalah versi fiksyen di sebalik tabir Nosferatu,
eine Symphonie des Grauens
iaitu filem seram senyap tahun 1922.

Dalam filem ini Dafoe berlakon sebagai Max Schreck iaitu pelakon yang memainkan watak Count Orlok. Baru-baru ini Deadline melaporkan yang Dafoe akan kembali berlakon dalam filem olahan semula Nosferatu.

Filem ini akan diarahkan oleh Robert Eggers dan menjadi kerjasama kedua bersama Dafoe selepas terlibat dengan filem The Lighthouse dan The Northman. Antara pelakon lain dalam filem ini adalah Lily Rose-Depp, Bill Skarsgard dan Nicholas Hoult.

Nosferatu mengisahkan seorang gadis yang dirasuk (Lily Rose-Depp) pada kurun ke-19 di Jerman. Gadis ini dihendap oleh puntianak (Bill Skarsgard) dalam sebuah penceritaan seram yang tidak pernah disampaikan. Watak Dafoe dan Hoult masih belum didedahkan lagi buat masa ini.

Butiran lain juga masih belum diketahui seperti tarikh tayangan. Sama-sama kita nantikan.

Sohor Kini