Akhirnya selepas sekian lama menanti, treler filem Renfield dikongsi oleh Universal Pictures. Filem ini adalah filem mengenai Nicolas Cage sebagai Dracula. Tetapi ia memfokuskan kepada Rednfield, iaitu pembantu kepada Dracula lakonan Nicholas Hoult.

Anda boleh tonton treler di bawah;

Berdasarkan treler, Rendfield adalah sebuah filem komedi. Renfield dilihat telah diberikan kuasa oleh Dracula, dengan syarat perlu menjadi penjaga peribadi beliau iaitu membawa manusia untuk menjadi hidangan tuan beliau.

Tetapi tidak tahan dengan pelbagai seksaan, beliau cuba untuk membebaskan diri dan perkara yang tidak diingini berlaku. Treler memperlihatkan aksi yang menarik, serta banyak adegan komedi yang menggelikan hati. Filem ini akan ditayangkan di Malaysia pada 13 April nanti.

Sohor Kini