Agatha Coven of Chaos adalah siri sampingan kepada siri WandaVision di Disney+. Siri ini akan fokus sepenuhnya kepada watak Agatha Harkness lakonan Kathryn Hahn. Jalan cerita dan garis masa siri ini masih belum didedahkan, tetapi berkemungkinan akan bercampur antara prekuel WandaVision dan kisah selepasnya.
Emma Caufield disahkan akan kembali sebagai Dottie, Joe Locke dikatakan adalah salah seorang watak utama dalam siri ini dan Aubrey Plaza turut telah disahkan akan menyertai sebagai barisan pelakon. Malah ramai pelakon asal WandaVision turut akan kembali termasuk Debra Jo Rupp sebagai Sharon.
Watak yang masih tidak pasti akan muncul adalah Scarlet Witch itu sendiri a.k.a Wanda Maximoff lakonan Elizabeth Olsen. Kisah beliau dari WandaVision diteruskan dalam filem Doctor Strange in the Multiverse of Madness dan dalam filem tersebut beliau “mati”.
Malah Olsen sendiri masih berahsia atau benar-benar tidak tahu yang beliau akan kembali memainkan watak ahli sihir ini. Terkini dari Deadline, Olsen menyatakan beliau mungkin akan kembali dalam siri ini. Jika ya, adakah versi Earth-616 atau dari mesta lain? Adakah versi selepas Doctor Strange 2 atau di awal WandaVision?
Sama-sama kita nantikan.