Harga Playdate Naik $20, Menerima Gedung Permainan – Catalog

Panic telah mengumumkan yang harga konsol mini mereka Playdate akan menjadi $199 bermula pada 7 April 2023 iaitu peningkatan harga sebanyak $20 berbanding pelancaran pada tahun lepas.

Mereka mengatakan kenaikkan harga ini terpaksa dilakukan kerana kos meningkat untuk komponen dan juga penghantaran, ini ditambah lagi mereka hanya mengambil keutungan yang kecil dari setiap jualan konsol tersebut.

Selain itu, mereka juga telah mengumumkan Catalog iaitu gedung permainan untuk Playdate yang akan disertakan terus di dalam konsol. Catalog ini akan tiba untuk menambah lagi penawaran permainan yang terpasang sebelum ini dan juga 425 permainan yang boleh dimuat turun melalui itch.io.

Sohor Kini