Skip to main content

Selepas bertahun Seth Rogen mengumumkan yang beliau akan hadir dengan filem Teenage Mutant Ninja Turtle baharu, baru-baru ini treler pertama telah dipertontonkan. Filem ini boleh dikatakan adalah satu olahan semula, kerana mengisahkan kemunculan pasukan penyu mutasi kali pertama di dunia sebenar.

Pasukan penyu yang digelar TMNT ini cuba menjadi adiwira untuk menyelamatkan bandar New York dari ancaman sindiket jenayah misteri yang menghantar tentera makhluk mutasi.

Dari treler, filem ini jelas sekali adalah sebuah kisah komedi aksi. Di mana filem juga menggunakan bentuk animasi seakan lakaran bergerak berwarna dan bukannya animasi 2D atau 3D biasa. Filem ini dikatakan akan fokus kepada watak penjahat dan bukan sahaja pada Leo, Mikey, Donnie dan Ralph.

Menjadikan filem ini lebih menarik adalah barisan pelakon suaranya iaitu Nicolas Cantu (Leo), Shamon Brown Jr. (Mikey), Micah Abbey (Donnie) dan Braddy Noon (Ralph) untuk pasukan TMNT, sementara Splinter adalah Jackie Chan, April adalah Ayo Edebiri, Superfly oleh Ice Cube, Bebop oleh Seth Rogen, Rock Steady oleh John Cena, Mondo Gecko oleh Paul Rudd dan Wing Nut oleh Detriou.

Ramai pelakon lain turut terlibat seperti Rose Byrne sebagai Leatherhead, Post Malone sebagai Ray Fillet, Hannibal Duress sebagai Genghis Frog, Maya Rudolf menjadi Cynthia Utrom dan juga Giancarlo Esposito berlakon sebagai Baxter Stockman.

Filem ini adalah idea Seth Rogen sendiri dan diarahkan oleh Jeff Rowe dan Kyler Spears. Filem akan tiba di pawagam 17 Ogos tahun ini.

Leave a Reply