Seth Rogen sedang menghasilkan filem animasi CGI Teenage Mutant Ninja Turtle. Animasi ini dikatakan akan fokus kepada watak penjahat dalam dunia TMNT.

Filem ini akan diarahkan oleh Jeff Rowe (Gravity Falls) berdasarkan skrip oleh Brendan O’Brian (Neighbors: Sorority Rising). Sementara Seth Rogen, Evan Goldberg, dan James Weaver akan menerbit melalui studio milik Seth iaitu Point Grey Pictures.

Baru-baru ini, Twitter TMNT rasmi telah mendedahkan judul rasmi bagi filem ini. Ia digelar sebagai Teenage Mutant Ninja Turtles: Mutant Mayhem. Masih tiada jalan cerita didedahkan, begitu juga senarai pelakon suara.

Menurut Seth Rogen, filem ini mengimbau kembali keseronokan beliau ketika zaman remaja. Ia akan ditayangkan pada 4 Ogos 2023.

Sohor Kini