Teenage Mutant Ninja Turtle atau lebih dikenali sebagai TMNT adalah kisah empat adiwira penyu Leo, Ralph, Don dan Mike. Mereka adalah penyelamat dunia, di mana telah dilatih oleh Splinter iaitu seekor tikus. Seperti kebanyakan asal-usul adiwira TMNT juga bermula dengan komik dan berkembang ke animasi, filem, permainan video dan banyak lagi.

Hanya terdapat tujuh filem Teenage Mutant Ninja Turtles dalam sejarah. Filem itu adalah empat filem animasi Teenage Mutant Ninja Turtles (1990), Teenage Mutant Ninja Turtles II: The Secret of the Ooze (1991), Teenage Mutant Ninja Turtles III (1993), TMNT (2007) & Batman vs. Teenage Mutant Ninja Turtles (2019), dan dua filem aksi nyata Teenage Mutant Ninja Turtles (2014) & Teenage Mutant Ninja Turtles: Out of the Shadows (2016).

Terkini sebuah filem animasi CGI baharu akan ditayangkan. Setakat ini judul yang didedahkan hanyalah Teenage Mutant Ninja Turtles dan tarikh tayangan pada 11 Ogos 2023. Informasi ini didedahkan oleh pelakon Seth Rogen yang menciap imej nota catatan Leo di dalam kelas. Kenapa Seth Rogen? Ini kerana studio milik beliau, iaitu Point Grey Pictures bertanggungjawab untuk menghasilkan filem ini.

Sejak kebelakangan ini, Seth Rogen mula aktif dalam perfileman budaya pop. Beliau mula serius sejak siri TV aksi nyata The Boys di Prime Video. Kemudian beliau teruskan lagi menghasilkan pula siri animasi Invincible di platform yang sama. Memandangkan kedua-dua siri ini adalah adiwira ganas dan ngeri, adakah filem TMNT ini juga menggunakan konsep yang sama?

Buat masa ini, masih tiada sinopsis dan pelakon suara yang didedahkan. Tetapi mereka telah mula mencari para pelakon untuk setiap penyu sejak awal tahun lagi. Mungkin pandemik menundakan banyak tugasan untuk menjayakan filem ini. Apa-apa pun, sama-sama kita nantikan lebih informasi mengenai filem ini.

Sohor Kini