Acara kolaborasi di antara permainan battle royale PUBG Mobile bersama dengan siri animasi tempatan BoBoiBoy telah bermula sejak tahun lepas lagi, namun acara ini diteruskan lagi dengan memasuki fasa kedua dengan acara “Elemental vs Shadow”.

Bermula pada 17 Februari sehingga 1 Mac 2023, pemain berpeluang untuk mendapatkan set kostum berdasarkan BoBoiBoy dengan bermain lima sesi permainan untuk mendapat head gear, berada di kedudukan lima terbaik untuk tujuh sesi permainan pemain akan mendapat set penuh.

Pemain juga boleh dapatkan Shadow Reign Suit berdasarkan watak Fang melalui kedai di dalam permainan. Selain itu, pemain juga boleh dapatkan pek suara berdasarkan BoBoiBoy, Fang dan Adudu. Pek suara ini akan menyertakan lima voice line untuk setiap watak.

Barangan kosmetik yang ditawarkan semasa fasa pertama kolaborasi ini juga ditawarkan melalui kedai di dalam permainan jika terlepas sebelum ini. Barangan ini ditawarkan sehingga 31 Mac 2023.

PUBG Mobile dikeluarkan untuk iOS dan Android. Ia adalah permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi.

Sohor Kini