Akhirnya, selepas sekian lama menanti treler filem Fast X diterbitkan di YouTube. Video yang hampir empat minit ini mempertontonkan sedikit sebanyak apakah premis filem kesepuluh Fast & Furious dalam dunia The Fast Saga.

Dalam treler ini, Fast X dilihat padat dengan aksi yang luar biasa serta emosi yang menyentuh jiwa kerana penjahat mengancam ahli keluarga Dom.

Dante lakonan Jason Momoa adalah musuh utama, yang mana cemburu dengan kebahagiaan Dom dan ingin memecahbelahkan keluarga beliau dengan menculik anak Dom. Dante turut bekerjasama dengan Cipher lakonan Charlize Theron bagi menjayakan misi beliau. Untuk mengukuhkan lagi “keluarga” Dom, Tess lakonan Brie Larson menyertai pasukan wira ini.

Fast X adalah sambungan terus kepada Fast Five (2011), di mana Dante adalah anak kepada Herman Reyes dan telah pendam dan berdendam selama 12 tahun. Beliau ingin balas dendam ke atas Dom dan keluarga yang memusnahkan empayar Reyes.

Filem ini diarahkan oleh Louis Leterrier (Clash of the Titans, The Incredible Hulk) dan akan ditayangkan pada 19 Mei akan datang.

Sohor Kini