Siri Aksi Nyata One Piece Tiba Di Netflix Tahun Ini

Netflix telah mengumumkan yang siri aksi nyata untuk One Piece akan tiba di perkhidmatan penstriman tersebut pada tahun ini tetapi masih tiada tarikh yang dinyatakan.

Bersama dengan pengumuman ini mereka juga berkongsi poster yang memperlihatkan Inaki Godoy sebagai Monkey D. Luffy.

Netflix sebelum ini telah berkongsi video yang memperlihatkan beberapa rekaan kawasan dan juga kapal yang akan digunakan di dalam siri ini.

Mereka juga telah berkongsi senarai pelakon untuk Luffy, Zoro, Nami dan juga untuk Koby, Alvida, Arlong.

Sohor Kini