Pada bulan November tahun lepas, Netflix telah mengumumkan pelakon untuk 5 watak utama bagi siri aksi nyata One Piece mereka iaitu Inaki Godoy, Mackenyu, Emily Rudd, Jacob Romero Gibson dan Taz Skylar.

Berdasarkan laporan Variety dan juga penyenaraian di IMDb, terdapat 6 lagi watak tambahan yang telah disahkan. Senarai adalah seperti berikut;

  • Morgan Davies – Koby
  • Ilia Isorelys Paulino – Alvida
  • Aidan Scott – Helmeppo
  • Jeff Ward – Buggy
  • McKinley Belcher III – Arlong
  • Vincent Regan – Garp

Watak-watak ini bukanlah watak utama di dalam siri One Piece, IMDb juga menyenaraikan yang mereka akan membuat penampilan untuk satu episod sahaja berbanding 10 episod yang akan tiba untuk musim pertama.

Siri aksi nyata One Piece akan ditulis oleh Steve Maeda yang pernah terlibat untuk siri Lost dan The X-Files dan beliau akan turut menjadi penerbit eksekutif bersama dengan Matt Owens yang menerbitkan siri seperti Agents of S.H.I.E.L.D dan Luke Cage.

Buat masa ini tidak disahkan lagi bila ia akan disiarkan, walaupun laman untuk siri ini telah pun tersenarai di Netflix sejak tahun 2019.

Sohor Kini