Netflix Umum Senarai Pelakon Untuk Siri Aksi Nyata One Piece

Netflix minggu ini telah mengumumkan senarai pelakon untuk siri aksi nyata One Piece mereka, buat masa ini mereka mengumumkan beberapa watak utama sahaja. Ia adalah seperti berikut;

  • Inaki Godoy sebagai Monkey D. Luffy
  • Mackenyu sebagai Roronoa Zoro
  • Emily Rudd sebagai Nami
  • Jacob Romero Gibson sebagai Usopp
  • Taz Skylar sebagai Sanji

Siri aksi nyata One Piece ini sudah diumumkan akan mempunyai 10 episod dengan Steve Maeda yang pernah terlibat untuk siri Lost dan The X-Files diumumkan sebagai penulis utama dan beliau akan turut menjadi penerbit eksekutif bersama dengan Matt Owens yang menerbitkan siri seperti Agents of S.H.I.E.L.D dan Luke Cage.

Buat masa ini tidak disahkan lagi bila ia akan disiarkan, walaupun laman untuk siri ini telah pun tersenarai di Netflix sejak tahun 2019.

Sohor Kini