Apple Kongsi Imej Pertama Ted Lasso Musim 3

Ted Lasso adalah siri TV komedi Apple TV+ yang cukup popular. Ia mengisahkan Ted Lasso sebagai pengurus pasukan bola sepak fiksyen AFC Richmond yang tidak tahu apa-apa mengenai bola sepak, tetapi bijak dalam semangat berpasukan.

Antara watak menarik lain dalam siri ini adalah Roy Kent lakonan Brett Goldstein (Hercules dalam Thor 4). Goldstein pernah menyatakan sebelum ini Ted Lasso mungkin akan tamat dengan musim ketiga.

Kini selepas sekian lama menanti, Apple kongsi imej pertama bagi Ted Lasso musim ketiga. Buat masa ini masih tiada sebarang butiran lagi mengenai jalan cerita dan tarikh siaran, tetapi berdasarkan imej Ted Lasso (Jason Sudeikis) dan Nathan Selley (Nick Mohammed) mungkin akan menjadi dua pengurus pasukan bola sepak yang akan bersaing sengit antara satu sama lain.

Sohor Kini