Skip to main content

Peminat siri animasi dan manga Slam Dunk akan akhirnya dapat menonton filem animasi The First Slam Dunk di Malaysia pada 23 Februari ini. Pihak GSC mengesahkan filem yang dinantikan ramai ini akan ditayangkan secara eksklusif menerusi rangkaian panggung mereka.

Filem ini ditayangkan di Jepun pada Disember tahun lalu dab berjaya mencatatkan kutipan ¥6.7 billion (~RM225 juta). Tidak diketahui lagi sama ada The First Slam Dunk akan ditayangkan di seluruh Malaysia atau terhad di panggung tertentu sahaja seperti yang dilakukan oleh GSC untuk beberapa filem animasi Jepun sebelum ini.

Leave a Reply