Kerajaan Arab Saudi melalui Dana Pelaburan Awam telah meningkatkan pegangan di dalam Nintendo sebanyak 1% kepada 6% berbanding 5% pada tahun lepas, memperlihatkan yang mereka akan terus melabur di dalam industri permainan video.
Untuk makluman, Arab Saudi turut telah mendapatkan pegangan pada sejumlah syarikat permainan, termasuk Capcom dan Koei Tecmo. Arab Saudi juga turut mempunyai pegangan pada Activision Blizzard sebelum ini, yang mana telah diambil-alih oleh Microsoft.
Arab Saudi sebelum ini juga dikatakan berminat untuk mengambil alih World Wrestling Entertainment (WWE) yang telah memperlihatkan penukaran ketua di syarikat tersebut.