Beberapa hari lepas, terdapat khabar angin mengenai siri Wednesday di Netflix mungkin akan berpindah ke Prime Video jika diperbaharui untuk musim kedua. Antara sebab perkara ini dilaporkan adalah kerana IP The Addams Family dimiliki oleh MGM dan Amazon adalah pemilik baharu MGM selepas mengambil-alih pada dua tahun lepas dengan nilai $8.45 bilion.

Terkini, laporan dari IndieWire menyatakan Wednesday akan kekal di Netflix. Siri ini tidak akan berpindah ke mana-mana platform penstriman video lain. Ini kerana, perjanjian Netflix dan MGM untuk siri Wednesday berlaku sebelum pengambilalihan MGM oleh Amazon. Benar, bukan perkara asing untuk sesuatu siri berpindah platform – tetapi bukan untuk siri ini.

Wednesday adalah antara siri Netflix paling popular pada tahun lepas dengan jumlah jam tontonan mencapai lebih 1 bilion. Walaupun ia popular, musim kedua masih belum ditempah Netflix lagi dan jika musim baharu diteruskan ia akan memfokuskan kepada Wednesday bersama keluarga dan hubungan dengan watak lain.

Sohor Kini