Francais siri TV The Witcher di Netflix kini semakin berkembang. The Witcher sendiri bakal menerima musim ketiga dan sudah disahkan akan diteruskan dengan musim keempat tanpa Henry Cavill. Siri sampingan turut akan disiarkan seperti The Witcher: Blood Origin bersama Michelle Yeoh dan animasi Nightmare of the Wolf.
Terkini, penerbit eksekutif dan penulis The Witcher Lauren Schmidt Hissrich menyatakan beliau amat sukakan francais ini dan ingin teruskan dengan pelbagai variasi kisah sampingan lain lagi. Dunia The Witcher sedang berkembang tanpa henti sekarang dengan musim baharu dan prekuel.

Hissrich turut menyatakan beliau akan cuba kekal bersama dengan The Witcher dan yakin pelbagai projek boleh dihasilkan dengan IP ini. Tambahan beliau lagi. dalam The Witcher musim ketiga nanti, Geralt of Rivia versi Henry akan ditamatkan dengan baik sebagai seorang adiwira sebelum memperkenalkan Geralt versi baharu yang berlainan lakonan Liam Hemsworth.