The Witcher: Blood Origin berlaku 1200 tahun sebelum Geralt dan juga siri Netflix The Witcher, akan tetapi di dalam treler seterusnya untuknya, Jaskier lakonan Joey Batey membuat penampilan di dalam yang mungkin akan menjadi tanda tanya.

Anda boleh tonton treler tersebut di bawah.

Adakah Jaskier yang sepatutnya tidak dilahirkan untuk seribu tahun lagi membuat penampilan di dalam siri ini? Besar kemungkinan tidak, sebelum ini Netflix telah mengatakan yang penceritaan The Witcher: Blood Origin akan disampaikan oleh Jaskier, oleh itu ia mungkin satu adegan yang tidak berkait dengan penceritaan utama.

Siri terhad ini akan mempunyai 6 episod dan akan disiarkan di Netflix pada 25 Disember 2022 yang memfokuskan kepada Conjunction of the Spheres yang menyebabkan dunia raksasa, manusia dan juga Elf bergabung, termasuk juga mencipta Witcher yang pertama.

Sohor Kini