Violent Night adalah filem aksi ganas baharu untuk musim cuti yang menyertakan David Harbour (Stranger Things, Black Widow) sebagai seorang Santa yang ganas. Filem ini menceritakan kisah Nikamund the Red iaitu bekas pahlawan Viking yang menjadi Santa menewaskan pasukan perompak yang cuba merompak rumah sekeluarga orang kaya.
Filem ini dilihat menerima sambutan yang baik dan mungkin akan diteruskan untuk filem kedua. Terbaru, filem Universal Pictures yang diarahkan oleh Tommy Wirkola (Hansel & Gretel: Witch Hunters) dan diterbitkan oleh David Leitch (Bullet Train) kini sudah tersedia secara digital.
Buat masa ini ia hanya boleh dibeli atau sewa di Prime Video untuk akaun Amerika Syarikat sahaja. Jadi tidak pasti bila ia akan ditawarkan kepada pengguna global atau adakah ia akan ditawarkan kepada platform penstriman video. Jika kita lihat filem Nobody lakonan Bob Odenkirk yang dihasilkan oleh studi sama, ia tidak ditawarkan untuk pengguna di Malaysia tetapi boleh distrim di HBO Go selepas beberapa bulan.