Wonder Woman lakonan Gal Gadot dibuang dari DC Universe James Gunn, Superman Henry Cavill juga begitu, Jason Momoa mungkin akan menjadi Lobo, Ben Affleck dijemput untuk menjadi pengarah, The Flash entah apa khabar dan kini nasib malang menimpa Dwayne Johnson pula untuk Black Adam.

Dwayne Johnson mengeluarkan kenyataan di Twitter, menyatakan selepas berbincang dengan James Gunn untuk masa hadapan DC Universe sebagai permulaan baharu – Black Adam tidak akan terlibat dengannya. Adakah ini bermakna secara rasminya, Black Adam bukan dalam DC Universe fasa 1?

Akan tetapi, James Gunn memberi peluang kepada Johnson dan studio beliau Seven Bucks Production untuk menerokai cara terbaik untuk menyertakan Black Adam dalam masa hadapan DC Universe lebih-lebih lagi dengan penceritaan multimesta.

James Gunn turut ada membalas ciapan seseorang memberitahu, Januari akan datang akan ada beberapa filem DCU diumumkan. Sama-sama kita nantikan.

Sohor Kini